Tuesday, September 26, 2017

Perbezaan Pasaran Persaingan Sempurna dengan Pasaran Monopoli @ Persaingan Bermonopoli @ Persaingan Tak Sempurna

Perbezaan Pasaran Persaingan Sempurna dengan Pasaran Monopoli @ Persaingan Bermonopoli @ Persaingan Tak Sempurna

 
Perbezaan antara PPS dengan monopoli berdasarkan rajah di atas, 

i. Harga
 Harga barangan dalam pasaran persaingan sempurna ialah RM4 manakala harga barangan dalam pasaran monopoli ialah RM8.
 Harga barangan dalam pasaran persaingan sempurna adalah lebih rendah daripada harga barangan dalam pasaran monopoli.

ii.   Kuantiti output
          Kuantiti output dalam pasaran persaingan sempurna ialah 11 unit manakala kuantiti output dalam pasaran monopoli ialah 5 unit.
Maka kuantiti output dalam pasaran persaingan sempurna adalah lebih banyak daripada kuantiti output dalam pasaran monopoli.

iii Kecekapan peruntukan                                             ` 
        Kecekapan     peruntukan     berlaku    apabila     harga barangan menyamai kos sut.
 Firma      dalam       pasaran    persaingan      sempurna mengalami kecekapan perumukan kerana harga menyamai kos sut, iaitu RM4. Namun, firma dalam pasaran monopoli tidak mengalami kecekapan peruntukan kerana harga ialah RM8 tetapi kos sut ialah RM2.
iv. Kecekapan pengeluaran
          Kecekapan pengeluaran berlaku semasa output dikeluarkan, kos purata berada pada tingkat paling rendah.
Maka, firma dalam pasaran persaingan sempurna mengalami kecekapan pengeluaran, iaitu semasa output 11 unit, kos purata berada pada tingkat paling minimum.
Namun, firma dalam pasaran monopoli tidak mengalami kecekapan pengeluaran kerana semasa output 5 unit, kos purata bukan berada pada tingkat yang paling minimum.
 



No comments:

Post a Comment