Wednesday, September 27, 2017

Hubungan antara jumlah keluaran, keluaran sut dan keluaran purata




Berdasarkan rajah di atas,

a) Hubungan antara jumlah keluaran dengan keluaran sut:
 i) Semasa jumlah keluaran meningkat, keluaran sut berada dalam keadaap positif, iaitu pada   
    penggunaan buruh 0 hingga L2.

ii) Semasa jumlah keluaran maksimum, keluaran sut adalah sifar, iaitu pada penggunaan 
     buruh L2­

iii)Semasa jumlah keluaran menurun, keluaran sut berada dalam keadaan negatif, iaitu pada   
     penggunaan buruh selepas L2.

b) Hubungan antara keluaran sut dengan keluaran purata:

i) Semasa keluaran purata meningkat, keluaran sut lebih tinggi daripada keluaran purata, 
    iaitu pada penggunaan buruh 0 hingaa L1.

ii) Semasa keluaran purata maksimum, keluaran sut sama dengan keluaran purata, iaitu   
    pada penggunaan buruh Ll. 
iii) Semasa keluaran purata menurun, keluaran purata lebih tinggi daripada keluaran sut, 
     iaitu selepas penggunaan buruh L1.

2 comments: