Monday, October 16, 2017

Hubungan Antara Keanjalan Permintaan Dengan Jumlah Hasil



Contoh Soalan:
Dengan menggunakan gambarajah, terangkan kesan terhadap jumlah hasil
apabila harga meningkat sekiranya
            a) keanjalan permintaan harga anjal                                                                 
            b) keanjalan permintaan harga tak anjal   


Kesan terhadap jumlah hasil apabila harga meningkat:
 a) Sekiranya Permintaan anjal
Jika permintaan anjal, peningkatan harga menyebabkan jumlah hasil menurun kerana peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga barang tersebut. Apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun. Maka peratus penurunan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus kenaikan harga. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh gambar rajah di sebelah.

Berdasarkan gambar rajah di atas, pada harga asal P1, kuantiti diminta asal ialah Q1. Jumlah hasil pengeluar asal ialah 0P1AQ1. Apabila harga naik ke P2, kuantiti diminta berkurangan kepada Q2. Jumlah hasil pengeluar baru ialah 0P2BQ2. Kurangan hasil sebanyak Q2CAQ1 kesan pengurangan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada tambahan hasil sebanyak P1P2BC kesan kenaikan harga.  
      Oleh itu, secara keseluruhan, jumlah hasil pengeluar akan berkurangan apabila harga naik bagi barang yang mempunyai permintaan anjal.

Permintaan tak anjal
Peningkatan harga menyebabkan jumlah hasil juga meningkat kerana peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang tersebut. Apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun. Maka peratus penurunan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus kenaikan harga. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh gambar rajah di bawah.


Berdasarkan gambar rajah di atas, pada harga asal P1 kuantiti diminta asal ialah Q1. Jumlah hasil pengeluar asal ialah OP1AQ1. Apabila harga naik ke P2, kuantiti diminta berkurangan kepada Q2. Tambahan hasil sebanyak P1P2BC kesan kenaikan harga adalah lebih besar daripada kurangan hasil sebanyak Q2CAQ1 kesan pengurangan kuantiti diminta. 
       Oleh itu, secara keseluruhan, jumlah hasil pengeluar akan meningkat apabila harga naik bagi barang yang mempunyai permintaan tak anjal.
                                                         

No comments:

Post a Comment